KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memperbanyakkan usaha bagi menyokong penglibatan wanita secara produktif dalam pasaran kerja.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu akan terus dilaksanakan oleh KPWKM bersama pelbagai pihak terutamanya Kementerian Sumber Manusia (KSM) sebagai langkah meningkatkan sumbangan wanita secara inklusif dalam pembangunan dan kemajuan negara.
Beliau berkata isu pemerkasaan wanita dalam tenaga buruh dan kesaksamaan gender merupakan isu rentas sektor yang memerlukan penglibatan, kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, khususnya sokongan kemahiran serta kepakaran dalam bidang tertentu.
"Bagi memastikan keterlibatan wanita dalam pasaran kerja lebih efektif, sistem sokongan perlu ditingkatkan terutama dari aspek prasarana, dasar dan perundangan sewajarnya, selain menambah baik pelaksanaan program bagi meningkatkan penjanaan pendapatan golongan itu.
"Antara usaha kementerian (KPWKM) adalah mewujudkan ekosistem yang kondusif agar wanita dapat terus terlibat aktif dalam pasaran kerja melalui inisiatif kemudahan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di tempat kerja," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program 'Dalam Radar: Wanita Dan Diversifikasi Sosioekonomi' terbitan Bernama Radio pada Isnin.
Katanya mencapai kesaksamaan gender akan memberi banyak kelebihan kepada peningkatan pendapatan negara.
"Dalam konteks negara kita, penghapusan jurang gender di Malaysia dijangka mampu menaikkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.2 peratus, bersamaan US$ 50 bilion.
"Oleh itu, menjadi tumpuan KPWKM untuk memastikan usaha penghapusan diskriminasi berasaskan gender dapat dilaksanakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023
Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu akan terus dilaksanakan oleh KPWKM bersama pelbagai pihak terutamanya KSM) sebagai langkah meningkatkan sumbangan wanita secara inklusif dalam pembangunan dan kemajuan negara. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
[TERKINI] Netanyahu tiba di Kneeset teruskan persidangan
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant dilihat meneruskan sesi baharu pembukaan parlimen disaat berita mengenai permohonan waran tangkap hangat diperkatakan ketika ini.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
[TERKINI] Ketua Pendakwa Raya mohon waran tangkap terhadap Netanyahu
Mimpi ngeri Israel yang menyuarakan kebimbangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersedia mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawainya bakal menjadi kenyataan selepas notis permohonan diserahkan ICC kepada tiga panel hakim yang terlibat dalam pra-perbicaraan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
AWANI Ringkas: Buang bayi - Sepasang kekasih ditahan di Kemaman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hari Keluarga Antarabangsa: PBB iktiraf amalan baik Malaysia
LPPKN diberi pengiktirafan oleh PBB untuk berkongsi amalan terbaik dalam satu forum yang diadakan di New York, Amerika Syarikat.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Jemaah menteri wakil satu kampung: Perlu perincian agar pelaksanaan berkesan - Nancy
Seruan Anwar yang meminta Jemaah Menteri dan ketua-ketua jabatan mewakili sebuah kampung agar masalah disalurkan secara terus kepada platform yang tepat merupakan inisiatif baik.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Jangan biarkan ibu meroyan bersendirian di rumah - Nancy
Pasangan atau ahli keluarga tidak sepatutnya membiarkan ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai meroyan, berseorangan di rumah.
KPWKM cadang tubuh satu Anjung Kasih YKN setiap negeri
Pada masa ini terdapat 19 Anjung Kasih YKN yang beroperasi sepenuhnya termasuk terbaharu disediakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Banjir: Pegawai, kaunselor KPWKM dalam mod siap siaga
Seramai 8,543 sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga dalam keadaan bersedia bagi membantu melancarkan pengoperasian di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).